Wednesday, October 27, 2010

Fakta mengenai tubuh badan manusia

Berikut adalah fakta-fakta mengenai tubuh badan manusia berdasarkan
> penyelidikan sains. Fakta-fakta ini mungkin masih tidak diketahui oleh ramai
> orang: *
>
> 1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh
> meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000 Kilometer .
>
> 2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter
> sesaat.
>
> 3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi
> kawasan seluas 9.2 Meter persegi.
>
> 4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.
>
> 5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh
> badan.
>
> 6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
>
> 7 . Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
>
> 8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan
> keluar dalam tempoh seminit, iaitu
> kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
>
> 9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
>
> 10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.
>
> 11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
> (sebab tuh kena sebut alhamdulillah, syukur sebab tak jalan terus.... bukan
> sebut pardon me or excuse me..)
>
> 12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah
> Celcius.
>
> 13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing,
> karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7
> ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk
> mengisi tangki sebanyak 37 liter.
>
> 14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan,
> ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis,
> masam dan sebagainya.
>
> 15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak
> sebelah kanan.
>
> 16 . Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif
> terhadap cahaya.
>
> 17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih
> boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh
> tertentu.
>
> 18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa
> selama 3 jam 30 minit. Ini
> bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.
>
> 19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati
> kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti
> yang disangkakan.
>
> 20. Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula
> dan garam setahun.




Reactions:

0 comments:

Post a Comment