Friday, November 26, 2010

Mahu Beli Peugeot Milik Dr Ahmadinejad?





Mahu Beli Peugeot Milik Dr Ahmadinejad?


Presiden Iran Dr Ahmadinejad setelah memenangi pilihanraya Presiden penggal pertama dalam tahun 2005 diminta mengisytiharkan asetnya. Apa yang beliau miliki ialah sebuah rumah berusia 40 tahun dengan keluasan 175 meter persegi di Selatan Tehran, dua akaun bank dan sebuah Peugeot tahun 1977. Agensi berita rasmi Iran hari ini memaklumkan, Dr Ahmadinejad akan menjual kereta kesayangan beliau untuk mendanai Yayasan Mehr, sebuah projek untuk membina perumahan untuk rakyat termiskin di Iran (untuk pembeli pertama). Ini memandangkan hartanah di Iran semakin meningkat naik.


Menurut Menteri Perumahan Iran, Ali Nikzad satu juta rakyat Iran layak untuk mendapat rumah tersebut. Dalam usaha mendorong derma, bantuan dana dan kempen menjayakan projek tersebut, Presiden Iran telah melelong kereta beliau ini (sumber). Tidak diketahui apakah kereta tersebut sudah pun ditempah. Sesiapa ingin mencuba menjadi pemilik Peugeot tersebut?



2 comments: